Live Streaming TV Online, Homeless World Cup: Piala Dunia Untuk Golongan Gelandangan, Indonesia Pasukan Terbaik Di Asia

Homeless World Cup: Piala Dunia Untuk Golongan Gelandangan, Indonesia Pasukan Terbaik Di Asia

Live streaming tv online – Tidak semua orang dapat merasakan kehidupan yang baik seperti kita. Ada sesetengah orang yang hidup merempat di jalanan kerana kesusahan hidup.

Namun, golongan gelandangan ini tidak pernah dipinggirkan. Ada saja pihak yang ingin membantu mereka. Kali ini bantuan yang diberikan adalah dengan memberi mereka ‘peluang kedua’ menerusi bola sepak.

Piala Dunia Gelandangan atau Homeless World Cup merupakan acara tahunan bola sepak untuk gelandangan dari 52 negara.

Ia diadakan di bandar-bandar berbeza pada setiap tahun sebagai salah satu cara untuk memberi peluang kepada golongan ini mengubah nasib hidup mereka.

Format kejohanan

Acara tahunan ini disertai oleh 64 pasukan masing-masing dari kategori lelaki dan wanita dari 52 negara dari seluruh dunia.

Malaysia tidak menghantar wakil ke kejohanan ini. Negara jiran yang terdekat yang menghantar wakil ke kejohanan ini adalah Indonesia dan mereka bukan calang-calang pasukan. Indonesia merupakan pasukan ranking ke-14 dunia dan tertinggi di Asia dalam kejohanan ini.

Acara ini dimainkan dengan format bola sepak 4 sebelah. Masa perlawanan adalah 7 minit untuk setiap separuh masa dan 1 minit untuk rehat separuh masa.

Acara ini dimainkan dalam gelanggang bersaiz 22 meter panjang dan 16 meter lebar.

Bagi kategori lelaki, terdapat 8 kumpulan yang mempunyai 6 pasukan untuk pusingan pertama manakala 2 kumpulan untuk 8 pasukan bagi kategori wanita.

Untuk edisi 2016, kejohanan ini berlangsung di Dataran George, Glasgow di Scotland pada 10 hingga 16 Julai 2016.

Siapa disebalik Homeless World Cup?

Kembali kepada 2001, dimana Mel Young (kiri) dan Harald Schmied (kanan) menemui jalan untuk mengatasi masalah gelandangan menerusi bola sepak.

Bagi mereka, golongan gelandangan merupakan golongan yang sering dipinggirkan. Jadi dengan bola sepak, mereka mampu bercampur dengan orang ramai serta membina hubungan serta kepercayaan sesama rakan sepasukan.

Mereka juga merasakan golongan gelandangan dapat memperbaiki kesihatan mereka.

Homeless World Cup juga disokong oleh 73 rakan kongsi nasional seluruh dunia serta duta kejohanan.

Memandangkan edisi tahun ini diadakan di Glasgow, Scotland. Duta untuk edisi kali ini adalah kapten Celtic iaitu Scott Brown (kiri) dan pengurus Motherwell, Mark McGhee (kanan).

Penyelamat Hidup

Bagi Craig McManus – seorang bekas gelandangan Scotland yang kehilangan rumahnya selepas menagih dadah, Homeless World Cup ini telah menyelamatkan malah memberi peluang kedua untuk hidupnya.

Beliau merupakan sebahagian daripada skuad Scotland di kejohanan ini dan lelaki berusia 40 tahun dari Glasgow ini telah menjadi gelandangan sejak September 2015.

Penderitaan hidup yang dialami McManus (kiri dalam gambar atas) berlaku tidak lama dahulu apabila selepas dia mengalami kemalangan. Keadaan menjadi lebih buruk selepas kematian bapanya. Selepas itu, beralih kepada dadah untuk mengubati luka hatinya.

“Selepas kehilangan ayah, hidup saya makin tidak menentu. Tempat tinggal saya disita, dan saya dibuang kerja. Saya hilang segalanya termasuklah harga diri.”

Hidupnya mula berubah selepas menyertai Street Soccer Scotland, yang memberikan pelbagai latihan dalam bertemakan bola sepak.

“Saya bekerja keras dan apabila saya mengetahui terdapat pemilihan untuk mewakili Scotland, ia telah memberikan saya sasaran.”

“Saya di pusat rawatan dan keluar dari situ pada bulan Februari dan sejak dari itu saya bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam pasukan, dan saya bertuah kerana saya berjaya.”

Ketika di Homeless World Cup, McManus merasakan suasana dan pengalaman yang menarik.

Baginya, suasana kejohanan tersebut amat ‘hidup’ baginya terutamanya apabila ahli keluarganya melihatnya beraksi dari tempat duduk penonton. Nonton bola streaming tv online Indonesia.

Kisah Craig McManus ini hampir serupa dengan kebanyakan kisah warga gelandangan yang bermain bola sepak di bandaraya Glasgow.

Menurut pengurus pasukan Scotland di Homeless World Cup, Ally Dawson. Menurutnya, kebanyakan kisah disebalik kehidupan mereka ini terjadi pada peringkat awal hidup mereka sama ada permasalahan melibatkan ibu bapa dan keluarga ataupun hanya melibatkan diri mereka sendiri sahaja.

Masalah ini mendorong mereka kepada tekanan dan menjurus kepada pengambilan alkohol berlebihan, masalah ketagihan dadah dan sebagainya.

“Mereka kini di peringkat di mana mereka mahu mengubah nasib hidup mereka dan kami berharap kami juga berada di peringkat di mana kita boleh membantu mereka.” kata Dawson.

The post Homeless World Cup: Piala Dunia Untuk Golongan Gelandangan, Indonesia Pasukan Terbaik Di Asia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA